Sejak konflik rumah tangganya mula tular di laman s0sial, tidak dapat dinafikan rezeki Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon sensasi, Hafidz Roshdi semakin mencurah-curah apabila ramai pihak tampil membantunya.
Malah, baru-baru ini, influencer dan usahawan popular, Hafiz Mahamad telah memanggil Shuhada untuk hadir ke kliniknya, Ainaa Clinic untuk membantu menghilangkan parut wajahnya selepas 10 j4hitan ditanggalkan.
Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 30 tahun itu turut memaklumkan dia akan memberi bantuan secara bulanan kepada Shuhada dan anak-anaknya dan berharap agar namanya terkandung dalam doa wanita terbabit.
“Saya datangkan Shu ke sini untuk doktor tengokkan parut wajah dia. Saya tak ada ikat apa-apa berkenaan kerja atau apa-apa agreement.
“Saya akan bagi bantuan bulanan pada dia dan anak-anak. Semoga ada kami dalam doanya. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik nanti,” ujarnya lagi.
Selain Hafiz Mahamad, terdapat beberapa selebriti yang lain tampil berkongsi rezeki kepada Shuhada dengan memberikan peluang pekerjaan.
Terdahulu, Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rezeki bersama isteri pelakon k0ntroversi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dengan melantik wanita tersebut sebagai duta koleksi hijab jenamanya AS Hijab.
Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman berkata, dia cuba membantu wanita berusia 29 tahun itu meringankan beban sekali gus meneruskan kehidupan selepas melalui episod dvka dalam rumah tangga.
“Saya juga tahu Shu struggle demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya @as.hijabofficial. Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” tulisnya.
View this post on Instagram
Usahawan berusia 36 tahun itu berkongsi perkara demikian menerusi sebuah posting berbentuk video di laman Inst4gram miliknya sebenar tadi.
Pada masa sama, Aliff dilihat cuba memahami isi hati ibu kepada dua cahaya mata itu berhubung konflik rumah tangga dihadapi sehingga menerima 10 j4hitan pada bahagian wajah akibat ditumbvk berkali-kali oleh Hafidz.
“Hari ni pertama kali saya jumpa @shushukriii. Riak wajah dia nampak sed1h dan memendam. Saya cuba menyelami apa dia rasakan, dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah lebih baik,” katanya.
View this post on Instagram
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Nurul Shuhada duduk sambil men4ngis teresak-esak mengenang kesusahan serta kesenangan dilalui bersama suami sepanjang mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, ramai tumpang gembira apabila Nurul Shuhada dan anak-anaknya menjayakan ‘shooting’ atau penggambaran selepas menerima tawaran sebagai model bagi satu jenama fesyen muslimah terkenal.
Sumber : 0hmymedla