“Tak Sangka Dia Mcm Ni”- Normah Damanhuri Mnangls Dengan Tindakan Terbaru Anaknya

PERKONGSIAN Kak KM menerusi sebuah video kali ini menerima pujian netizen apabila usahawan sensasi itu membuat kejutan kepada ibunya iaitu aktres Normah Damanhuri.

Menerusi perkongsian itu, Kak KM atau Liana Rosli menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda kepada ibunya yang dibayar secara tunai dengan harga lebih RM100,000.

Video ada di bawah sekali..

Normah yang pada mulanya mengadu wang simpanannya tidak mencukupi menangls apabila anaknya mengatakan akan membayar semuanya.

“Macam ini la, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli cash untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis.

“Apa la sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” kata Kak KM.

Selepas mendengar kata-kata itu, Normah terus bangun dan menangls kerana terkejvt dengan pemberian anaknya itu.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan kenderaan jenis apakah yang diberikan kepada pelakon berkenaan.

Rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM yang dikatakan tidak kedekut dengan ibunya biarpun kadang-kala perkongsiannya di laman sosial mengundang kecaman.

“Walaupun dia begini, tapi aku suka dia hormat mak dia… dia ratukan mak dia.

“Tak suka perangai gedik Kak KM, tapi respek sangat bab menghargai mak… semoga sentiasa istiqamah macam ini selalu.

“Patutlah rezeki Kak KM sentiasa murah rupanya dahulukan ibunya. Alhamdulillah rasa terharu, saya minat Kak KM,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, Normah, 68, tidak henti melahirkan rasa syukur kerana tidak sangka menerima sebuah kereta daripada anaknya.

“Bersyukur sangat, mak tak sangka… mak ingat nak beli sendiri saja. Mana la tahu sayang (Kak KM) nak belikan kereta ini.

“Syukur sangat, Alhamdulillah. Nanti nak buat sujud syukur,” ujarnya.

Sebagai rekod terdahulu, tular video aksi tepvk punggvng antara empat usahawan terkenal baru-baru ini, sal4h seorang individu yang turut terlibat iaitu Kak KM

memaklumkan dia sudah dipanggil memberi keterangan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberitahu di hadir ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan pada Rabu lalu dan proses soal siasat berlangsung selama lebih kurang tiga jam.

“Mereka datang ke rumah dan kemudiannya saya telah ke hadir memberi keterangan di pejabat SKMM pada hari sama.

“Pihak SKMM harus menjalankan s1asatan selepas laporan dibuat berkaitan video tersebut.

“Mereka menjalankan tugas dan saya memberi kerjasama baik kepada sepanjang proses memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Kak KM memuat naik video g0yang punggvng bersama rakan usahawan lain iaitu Datuk Seri Vida, Ifa Raziah, Cheta Pot Pet.

Tindakan empat selebriti itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Dalam temu bual bersama mStar, Ifa Raziah berkata tindakan mereka itu sekadar hiburan dan gurauan bersama teman-teman.

Sementara itu, anak kepada dramatis Normah Damanhuri ini berkata dia akan lebih berhati-hati dalam sebarang perkongsian di media sosial selepas ini.

Malah, pertemuannya dengan SKMM juga sedikit sebanyak memberi pencerahan lebih jelas mengenai apa yang boleh dilakukan sebelum berkongsi sesuatu di laman sosial.

“Saya tak tahu video-video yang saya buat selama ini sal4h. Bila mendapat penjelasan jelas, maka selepas ini tidak ada lagi tindakan sebegitu.

“Saya juga akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

“Ramai yang tidak puas hati dengan video tersebut. Saya dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan yang telah berlaku,” jelasnya.

SKMM dalam satu kenyataan sebelum membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukvman d3nda maksimum

RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh did3nda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesal4han itu diteruskan selepas pensabitan.

Lihat video:

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment