“Tak Ber4ni Janji Atau Sump4h, Saya Bahagia Dengan Farid Walaupun Dia Seor4ng Bandvan”

Pelakon Datin Diana Danielle akui terkejut dengan spekulasi kononnya hubungan rumah tangganya dengan Datuk Farid Kamil sedang berantakan sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.

Diana turut berasa pelik dengan dakw4an dia dan Farid dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung. Kata Diana, meskipun pelbagai ujian melanda namun kasihnya terhadap suaminya itu tetap utuh.

“Saya tidak berani untuk berjanji atau sump4h atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.

“Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya.

“Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami,” katanya kepada Kosmo!

Berkongsi cerita sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari menjalani hukvman penjar4 di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana reda dan percaya di atas apa yang ditentukan Allah untuk dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

“Saya tidak murvng. Ada ketika saya berdebar dan berasa takvt. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang.

“Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu burvk sangka dengan ketentuan Allah.

“Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Percaya dengan Allah,” ujarnya

Sumber:kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press

Sumber :/www.dnq.pw

1 thought on ““Tak Ber4ni Janji Atau Sump4h, Saya Bahagia Dengan Farid Walaupun Dia Seor4ng Bandvan””

  1. Tahniah Diana kerana terus tabah. Ye betul. Susah senang bersama suami tercinta. Setiap orang dugaan berbeza. Semoga rumahtangga Diana dan Farid kekal hingga ke jannah.

    Reply

Leave a Comment