Bekas tun4ng pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey masih meluahkan perasaan mengenai hubungan mereka yang dilanda kemelut sejak hujung minggu lalu.
Menerusi TkT0k Story miliknya, dia yang juga ahli perniagaan dilihat membalas beberapa komen netizen yang meminta supaya memujuk Zarina atau mesra dengan panggilan Anju sekali gus kembali menjalinkan hubungan cinta.
Walau bagaimanapun, Khazrul seolah-olah menolak untuk kembali bersama pelakon berusia 36 tahun itu kerana menyifatkan dia bukan lelaki terbaik dan mempunyai banyak kekurangan.
“Kalau dia kata dah putus, saya reda” “Tak nak lah saya tak ok untuk dia. Saya tak mampu menjaga perasaan dia. Takpelah kalau dia kata dah putus saya reda. Saya banyak kekurangan,” tulisnya menerusi sebuah perkongsian semalam.
Pada masa sama, dia turut mempersoalkan tentang aurat dipercayai berkaitan dengan cara pemakaian Zarina namun tidak dapat dipastikan adakah ia menjadi salah satu punca hubungan mereka menjadi dingin.
Malah, Khazrul juga meminta pelakon filem Hantu Kuat Ket4wa itu agar menjaga aurat dengan sebaiknya selepas dikatakan terkejvt apabila melihat penampilan seksi pelakon tersebut.
“Boleh ke tunjuk aur4t pada semua orang?” “Kenapa Anju macam tu, tolong lah jaga aur4t”
Sementara itu, dia turut mengulas kenyataan Zarina yang meminta tidak dijadikan sebagai bahan konten di media s0sial selepas disuruh netizen untuk memujuk pelakon terbabit.
Tak suka kena am4ran. “Ya tapi ‘diwarning’ saya. Saya tak suka orang warning-warning saya. Dia cakap saya buat konten guna gambar dia? Dah gambar saya dengan dia nak buat macam mana?,” katanya.
Terdahulu, Khazrul seolah-olah mengesahkan bahawa ikatan pertunangan yang berlangsung pada bulan lalu sudah terlerai di tengah jalan walaupun telah menempah baju perkahwinan.
Sumber : oh my media