“Saya mungkin tk sempurna, tp sekurang2nya saya bkan ‘Fake’” Mawar karim sindlr siapa tu?

Sejak kebelakangan ini, usahawan Mawar Karim sering menjadi perhatian media selepas dia membalas komen pedas daripada seorang individu ‘dikenalinya’ yang bertindak menyerang akaun media s0sialnya dengan menggunakan akaun p4lsu.

Pun begitu, nama usahawan yang berusia 34 tahun itu sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik kata-kata di IG storynya namun, hantaran tersebut tidak ditujukan atau menyebut nama mana-mana pihak telah mencetuskan tanda tanya.

“Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat.

“Ia bukanlah kerja saya nak ded4hkan orang yang berpura-pura. Akan ada masanya mereka akan mended4hkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” ujar kata-kata tersebut yang dikongsikan oleh Mawar.

Terdahulu, Mawar Karim telah mengejutkan ramai apabila dia seolah-olah memberi bayangan dengan memaklumkan dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri pada suatu ketika dahulu.

Meskipun dia tidak menyebut nama mana-mana pihak mengenai perkongsiannya itu, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia berbanding dahulu.

Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah membina mahligai pada November 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk bercer4i pada 10 Julai 2019 dan kemudiannya Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari bernama Fazeera pada Oktober 2021.

Sumber : oh my media

Leave a Comment