PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menyamakan wajahnya dengan seorang selebriti wanita yang enggan disebut namanya.
Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan, 42, berkata, dia akur dengan persamaan wajah mereka namun menegaskan dia memiliki identiti tersendiri apatah lagi lebih berusia berbanding individu dikaitkan dengannya.
“Orang kata manusia ada tujuh wajah sama, pelanduk dua serupa. Tapi sekali dua bolehlah kata muka saya sama dengan sesiapa. Tapi kalau setiap kali saya buat video ke apa… mesti orang cakap benda sama.
“Ya Allah, Ya Tuhanku, saya ada mak awak, saya ada ayah awak, saya ada suami, saya ada muka sendiri. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir pun 1981 terpaksa pula kita ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu ya… pening,” katanya.
Alyah berkongsi perkara itu menerusi akaun TikT0k miliknya baru-baru ini. Penyanyi itu bagaimanapun berkata, dia tidak kisah jika disamakan dengan individu itu namun persamaan tersebut membuatkan dia seakan-akan tenggelam sedangkan dia ingin dikenali sebagai dirinya sendiri.
“Tak kisah lah, boleh saja. Yalah nak cakap macam mana kan, kejadian yang Allah dah bagi tapi kalau dah selalu sangat, upload video semua orang lain tag, tag orang tu.
“Rasa macam aku tak ada kehidupan ke? Aku pun nak orang tahu yang aku ni Alyah. Alyah you all,” ujarnya. Tambah Alyah, bukan niatnya untuk mengh1na individu tersebut namun berharap agar tidak lagi menyamakan diri mereka.
View this post on Instagram
Tapi kalau setiap kali saya buat video ke apa… mesti orang cakap benda sama. ALYAH PENYANYI. Netizen samakan wajah Alyah dengan Ira Kazar.
“Datin Alyah lagi cantik kot, apa nak disamakan dengan orang itu. Jauh panggang dari api.
“Nampak macam sebaya datin, saya baru nak maki tadi. Nasib baik bukan dia itu.
“Selisih malaikat yang kata datin serupa itu, di mata kami tetap nampak cantik,” antara komen netizen.
Sumber : mstar