SELEPAS dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor akibat Covid-19 pada Selasa, abang kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya.
Perkara itu dikongsi oleh adik iparnya, Shuib Sepahtu yang turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Ahmad Firdous agar diberi kesembuhan.
“Assalamualaikum semua, Allah maha besar. Baru dapat panggilan abang ipar saya dimasukkan ke ICU.
“Saya mohon doakan Ahmad Firdous Raissudin diberi kesembuhan segera. Amin” tulisnya.
Shuib berkongsi perkara itu di Instagramnya awal pagi Khamis.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata, Ahmad Firdous ditidurkan sejak jam 5 pagi Khamis bagi merehatkan paru-parunya selepas paras oksigen 95 peratus.
“Fidous sudah ditidurkan pukul 5 pagi tadi sebab doktor nak rehatkan paru-paru dia… sebelum ditidurkan oksigen 95 peratus.
“Dia dikejarkan ke hospital pada petang Selasa kerana paras oksigen 85 peratus,” ujarnya.
Isterinya turut disahkan positif COVID-19. Namun, dua anak pasangan itu tidak dijangkiti virus berkenaan.
Ahmad Firdous dan isteri disahkan positif dijangkiti virus Covid-19 pada 2 Ogros lalu iaitu empat hari selepas keluarga Siti Sarah disahkan positif.
Sebelum ini, Ahmad Firdous dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri selama lapan hari di rumah.
Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.
Sumber: Mstar
Shuib Ceritakan Selepas 7 Langkah Meninggalkan Pusara, Kenapa Dia Menoleh Semula
Tidak mudah buat pelawak popular, Shuib Sepahtu melupakan insan yang menghadirkan banyak kenangan dan menjadi teman suka duka selama 10 tahun.
Baru tiga hari kehilangan isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang menjadi korban COVID-19 sukar buat Shuib memadamkan kenangan ketika bersama.
” Hari pertama (kelmarin) saya menjalani kehidupan tanpa arwh. Walaupun saya bersendirian di rumah sebelum ini, tetapi saya tahu arwh berada di hspitaI.
” Namun, kini, arwh sudah tiada. Saya harap Allah dapat bimbing hati saya perlahan-lahan terima ketentuan ini.
” Jujurnya, rindu amat berat terhadap pasangan pergi buat selama-lamanya,” luahnya pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, kelmarin.
Meskipun zahir nampak tenang dan reda, Shuib berkata, ada kalanya tewas dengan emosi.
” Semalam (kelmarin), saya hampir menjadi orang tidak reda. Saya memang tidak boleh terima hakikat dan cuba menyedapkan hati dengan mengatakan arwh akan sembuh, sedangkan dia menderita.
” Namun, apabila saya mula reda dan ampun segala kesalahannya, perjalanan terakhir arwh menjadi mudah.
Saya menoleh semula pusaranya, rasa puas
” Saya bersyukur dapat solat jnzah, iringi perjalanan akhir ke kubvr, masukkan jnazah ke Iiang lah4d dan tanam bunga di pusaranya.
” Selepas tujuh langkah meninggalkan pusara, saya menoleh semula. Waktu itu, timbul perasaan puas hati melepaskan arwh pergi dengan baik,” ungkap bekas penyampai radio Hot FM itu.
Walaupun terpisah di dunia, namun Shuib percaya, dia pasti akan bertemu bidadarinya di alam syurga.
” Kami tidak pernah berjauhan seperti ini, tak termimpi langsung. Tetapi, saya sudah berjanji untuk menjadikan arwh sebagai bidadari syurga, jadi saya perlu berkorban.
” Hanya menunggu masa untuk kami kembali dipertemukan di syurga. Justeru, saya berharap Allah akan bimbing saya untuk menuju ke jalan diredai supaya dapat bertemu arwh,” pintanya.
Pemergian arwh dengan meninggalkan empat cahaya mata yang masih memerlukan kasih sayang ibu disifatkan Shuib sebagai cabaran besar buatnya.
Namun, demi janji yang dilafazkan, pelawak berusia 37 tahun itu perlu kuatkan semangat menempuh ujian mendatang.
” Menerusi perbualan terakhir bersama arwh, saya beritahu jangan risau. Saya akan pastikan zuriat kami menjadi anak yang taat pada perintah agama.
” Arwh sudah melakukan yang terbaik sejak bergelar ibu. Malah, arwh sanggup k0rbankan diri demi melahirkan anak keempat. Sebagai ketua keluarga, saya kena beri contoh baik pada anak-anak.
” Saya kena tunjuk hebat kerana mereka mempunyai ibu yang kuat dan hebat. Sebelum ini, saya seorang yang jah1l dan banyak melakukan d0sa.
” Jadi, inilah titik tolak saya berubah ke arah lebih baik untuk membimbing anak-anak,” kata Shuib.
Sikap manja arwh semakin menjadi-jadi
Pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual itu, Shuib turut mengimbau momen manis berkasih sayang bersama arwh sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Akuinya, paling meninggalkan kesan sikap manja arwh yang semakin menjadi-jadi ketika hamil dan bagaimana menguruskannya, ia sekali gus menjadi memori indah disimpan di kotak ingatan.
” Banyak perkara dilakukan bersama sepanjang tiga bulan ini. Memandangkan hamiI, arwh suka bermanja.
” Arwh minta saya urut tubuhnya. Urut pula hingga dua jam. Kadang kala, saya rasa macam ‘amah’ apabila kena paksa.
” Beliau sering mengingatkan saya bahawa dirinya mengandungkan zuriat kami. Namun, lama-kelamaan saya jadi gian, maklum tiga bulan tidak berbuat apa-apa.
” Walaupun tak suruh, saya sendiri menawarkan diri. Saya tak sangka Allah berikan nikmat kasih sayang antara suami isteri sebagai momen terakhir untuk dikenang.
” Hinggalah segala kebahagiaan direntap dengan berita kami sekeluarga disahkan positif COVlD-I9,” luah Shuib.
Namun, cerita lelaki ini, arwh isterinya itu pandai memujuk hatinya dengan memasak hidangan lazat sebagai ganjaran.
” Walaupun suruh saya buat macam-macam, tetapi arwh balas balik dengan menyediakan hidangan yang sedap. Siap tanya saya nak makan apa.
” Pemrgiannya mengajar saya setiap pasangan perlu ada momen manis untuk dikenang. Tidak sangka, hanya tiga bulan ini Allah bagi kami menghabiskan masa sepuas-puasnya sebelum mengambilnya,” katanya.
Menerusi siaran lintas langsung yang dilakukan oleh beberapa platform media dari sana, hanya 10 orang saja termasuk Shuib yang dibenarkan untuk berada di sisi arwah sewaktu majlis pengebumian dilangsungkan.
Mereka semua perlu memakai persalinan PPE lengkap. Setelah majlis selesai, masing-masing melalui proses semburan sanitasi oleh petugas di situ sebelum dibenarkan melangkah pergi. Malah, tapak pengebumian juga disanitasi sebagai langkah berhati-hati demi mengelak wabak merebak.
Cukup sebak suasana yang dirakamkan tadi apabila Shuib yang berada di tengah-tengah dilihat berulang kali menoleh ke belakang semasa beredar pergi dari tapak perkuburan isteri tercinta untuk menukar pakaiannya. Dia kemudiannya kembali ke situ untuk bersama-sama ahli keluarga terdekat.
Rakaman Shuib sebak mahu tinggalkan tanah perkuburan arwah Siti Sarah
Allahyrham Siti Sarah menghembvskan nfas terakh1r di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hspital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVlD-I9 pada jam 5.13 pagi, kelmarin.
Jnzah penyanyi lagu Kesetiaan dan Semakin itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari.
Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.
Sumber:bharian