“Of Course My Girlfriend”, Edika Yusof Suap Siapa Tu?

Mungkin ada kebenaran dengan telahan net1zen bahawa lelaki yang kacak itu selalunya seorang yang setia dengan pasangan.

Istilah ‘yang kacak itu setia’ ini juga mungkin boleh dibuktikan dengan kewujudan figura terkenal paling digilai ramai wanita di era 90-an, Edika Yusof.

Bukan sahaja memiliki wajah tampan malah romantisnya perwatakan pelak0n yang berusia 55 tahun itu jelas dapat dilihat melalui perkongsian video di Instagram miliknya baru-baru ini.

“Dinner time (masa makan malam) teka saya suap siapa? Anak? Wife? No laa… of course my girlfriend (tidak…tentunya teman wanita saya),” tulisnya pada kapsyen di hantaran video tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Dalam vide0 itu dapat dilihat Edika bergilir suapan dengan seseorang di sebelah dipercayai isterinya Norhidayah Yusri, 44, yang lumpuh sejak 17 tahun lalu.

Perkongsian tersebut mendapat resp0n p0sitif daripada net1zen yang turut teruja dengan sikap r0mantis Edika dalam melayari bahtera perk4hwinan yang telah menjangkau usia 19 tahun itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“Handsome, segak dan paling penting setia. Itu yang membuatkan kamu limited edition (edisi terhad),” puji mr_achoii.

“Bertuahnya isteri Edika Yusof,” komen Rohayahyaakob.

“Beruntung isteri punya suami jujur dan penyayang. Semoga rumah tangga kekal hingga akhir h4yat,” ujar seorang lagi pengguna.

Sumber :kosmo

Leave a Comment