Neelofa masih tak beri apa apa respon. Tapi peminat dah mula panggil mommy sebabkan ini.

Tahun ini sahaja, nama Neelofa tidak terhapus dari radar sensasi ‘seisi alam’. Bermula dengan kisah perkahwinannya, kisah langgar prosedur operasi standard (SOP) dan terbaharu semakin hebat pula dkwaan ramai tentang status keham1lannya yang masih dizip kemas daripada terboc0r ke pengetahuan umum.

Paling mendapat perhatian ialah foto-foto dimuat naik suaminya, Haris Ismail yang memaparkan isterinya itu turut turun padang menyertai aktiviti bantuan kepada golongan memerlukan.

Bukan itu subjek utamanya tetapi kemunculan Neelofa lah yang diperhatikan. Ramai sibuk ‘zoom’ bahagian perut dan mata tajam memerhati bentuk fizikal bekas pengacara MeleTOP itu.

Dalam ruangan komen, hampir 80 peratus warganet memperkatakan kehamilan dan seri wajah ibu mengandung sudah ketara di wajah Neelofa. Memang ketara dan wajahnya semakin berseri-seri walaupun terlindung di balik niqab.

Ada pula yang mengandaikan usia kandungan Neelofa kini antara tiga hingga empat bulan dan membahasakan wanita cantik kelahiran Kelantan itu sebagai ‘mommy’. “Alhamdulillah mengandung. “Dijangka dalam tiga atau empat bulan (usia kandungan) agaknya. Masih boleh ‘cover’ (sorok),” komen seorang pengikut Instagram Haris.

Selain itu, ada juga yang memerhatikan tangan dan aksi Neelofa yang berjaket sebagai cubaan menyembunyikan bahagian perut dan fizikal semakin berisi. Walaupun tuan punya badan masih diam membisu 1,001 perkataan, warganet sudah tidak sabar untuk melihat Neelofa dan Haris junior. Sumber : K!Online

Selalu muat naik gambar tutup perut. Sekali lagi Neelofa jadi tumpuan ramai lepas muat naik gambar macam ni.

Meskipun para peminat membuat spekulasi tentang kehamilannya, selebriti popular Neelofa memilih untuk ‘mengunci mulut’ dimana tiada sebarang pengakuan atau penafian dibuat.

Memetik laporan Kosmo! Online, beberapa posting terbaharu oleh selebriti berusia 32 tahun itu di laman Instagram sekali lagi mengundang persoalan ramai didakwa sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian foto, dapat dilihat bekas pengacara MeleTOP itu mempromosikan sejadah di bawah jenama miliknya selain sebuah tas tangan mewah.

Bagaimanapun, segelintir warganet mendakwa cara ‘posing’ Neelofa seperti ingin menutup bahagian perutnya dengan produk yang dipegang. Begitu teliti mereka perhatikan ya!

Kalau benar, pasti ramai  tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik. Namun sehingga kini, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz itu tidak membuat sebarang penafian mengenai dakwaan tersebut.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu dengan bertemakan Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa. Sumber: Kosmo! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://greatdailynews.com/

Leave a Comment