“Nanti Mereka akan dedah siapa diri mereka sendiri..” Baru sahaja Mawar kata dulu duit lesap.. Tak sangka kalini Mawar pula ded4h…

PETALING JAYA – “Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura.”

Itu antara perkongsian terbaharu usahawan, Mawar Karim yang juga bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar menerusi Insta Story.

Biarpun tidak menujukan luahan tersebut kepada individu tertentu, perkara itu menjadi tanda tanya ramai seolah-olah kata-kata berkenaan berkaitan isu yang masih belum diselesaikan dengan baik.

Malah ibu kepada seorang cahaya mata itu menegaskan suatu hari nanti pihak berkaitan akan secara sendiri mended4hkan sikap sebenar mereka.

“Bukan tugas saya untuk dedahkan orang yang berpura-pura. Akan tiba masa nanti mereka akan mended4hkan siapa diri mereka yang sebenar,” tulisnya lagi.

Sebelum ini Mawar menepis d4kwaan seorang netizen yang menggunakan akaun p4lsu apabila mengatakan dia tidak bahagia selepas bercer4i.

Tidak berdiam diri, wanita berusia 34 tahun itu bersyukur menjalani kehidupan baharu selain memberi bayangan tidak perlu lagi menanggung orang lain atau berhadapan situasi duit ‘les4p’.

Meskipun tidak memperincikan pihak atau individu dimaksudkan berhubung perkongsian dibuat, dia mengakui kini berasa lebih tenang berbanding dahulu.

Malah Mawar turut mengambil kesempatan menitipkan nasihat kepada orang ramai supaya menyayangi diri sendiri berbanding orang lain.

Tidak lama kemudian, Fizo pula memuat naik hantaran berkenaan rasa syukur atas kebahagiaan serta kesihatan yang dikurniakan Allah SWT.

Pada akhir perkongsian, aktor yang mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri dua tahun selepas bercer4i dengan Mawar memberitahu rezeki yang diperoleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk ‘fitn4h’.

Terdahulu, perkahwinan Mawar dan Fizo yang dikurniakan seorang puteri, Wan Maryam, 6, hanya bertahan selama enam tahun sebelum mereka sepakat berpis4h pada Julai 2019.

Fizo kemudian berkahwin dengan Fazeera yang kini sedang h4mil anak kedua pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Wan Khaleeda, lapan bulan. – KOSMO! ONLINE

Sumber :kosmo

Leave a Comment