“Mcm Dia Pula Yg Teran1aya..”- Shuk Hadir Ke Mhkamah, Beri Bayangan Jodoh Dgn Isteri Berakhir

Seolah memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung, pelawak Shuk Sahar baru-baru ini ada memuat naik video TikTok yang memaparkan dia berada di mahk4mah bersama seorang peguam pada pagi Jumaat.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, pelawak itu sempat mengemaskini akaun media sosialnya itu dan menulis kapsyen 

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya”.

Demikian luahan pelawak Shuk Sahar menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Tik Tok seperti berada di sebuah mahkamah bersama peguam pagi ini.

Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

Bagaimana pun usaha Harian Metro untuk mendapatkan Shuk tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak dijawab.

Pasangan itu buat masa ini belum memberikan kata putus mengenai status rumah tangga mereka yang menjadi persoalan umum.

Ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata netizen mempersoalkan tindakan pelawak dan pengacara itu yang curang terhadap Sera.

“Pilihan di tangan kau Syuk, bukan Serra, kau ada pilihan untuk setia, untuk diberi dan dibuka rezeki seluasnya, tempat melampias n4fsu yg h4lal.

“Tak nak komen apa-apa…takut jadi kat diri sendiri.. yang penting doakan baik baik semoga Allah permudahkan urusan kita.. jangan kita mudah menilai.

“Macam sedlh pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, aj4l ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.

“Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan,” komen beberapa netizen.

Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak, pada Selasa lalu.

“Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja.Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan.

“Sampai satu tah4p saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri.

“Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya.

Terdahulu, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mended4hkan sudah memfailkan cer4i terhadap Shuk pada November tahun lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

Sumber: METRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment