Lelaki Buat Netizen Terhibur Tular Guna Aplikasi Setel Ketika ‘Tersangkut’ Dalam Tandas Stesen Minyak Yang Tiada Air

Seorang lelaki ini membuatkan netizen terhibur dengan kelakuannya yang berada dalam tandas meminta tolong melalui aplikasi Setel Sebagai Penyelamat Ketika ‘Tersangkut’ Dalam Bilik Air Stesen Minyak.

Dalam pada itu, aplikasi Setel berjaya menjadi buah mulut netizen menerusi perkongsian Twitter @IniAlannn selepas berjaya menjadi ‘penyelamat’ buat seorang individu yang tersangkut dalam bilik air selepas mendapati stesen minyak tersebut tidak mempunyai bekalan air.

Kemas kini 6 Ogos 2021: Perkongsian asal telah dibuat oleh saudara Farhan di Facebook.

Sering disangka ramai aplikasi berkenaan sekadar mampu digunakan untuk membuat pembelian minyak, siapa sangka aplikasi tersebut turut mempunyai servis khidmat pelanggan yang responsif.

Difahamkan situasi ini berlaku di Petronas Silk Highway Arah Puchong di mana pengguna aplikasi Setel ini telah memaklumkan kepada bahagian khidmat pelanggan untuk memberinya air botol 1.5 liter dan dihantarkan kepada beliau.

Gaya selamba beliau yang turut memaklumkan untuk segera menghantarkan air kerana sudah mengalami lenguh pada bahagian kaki telah membuatkan netizen terhibur. Berikut merupakan respon netizen mengenai situasi yang berlaku.

Meskipun situasi ini berjaya menjadi bahan tawa buat orang ramai, isu ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai ramai sedar dengan fungsi yang tersedia pada aplikasi yang eksklusif buat pengguna stesen minyak Petronas ini.

Sekiranya anda mengalami isu yang sama, mungkin cara ini antara yang boleh dilakukan di stesen minyak Petronas. Anda boleh dapatkan dan mendaftar aplikasi Setel dengan klik di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Astro Baru

Sumber: The Vocket

Leave a Comment