Pelakon dan usahawan Wawa Zainal punya pandangan tersendiri tentang nilai kasih sayang sesama manusia terutama suami. Kata Wawa, letakkan kasih sayang kepada Allah Maha Esa sebagai terutama berbanding suami.
“Makanya kalau sayang jangan terlalu sayang. Memanglah semua isteri terlalu sayang suami, tapi kena ingat, letak Allah nombor satu. Suami pinjaman.
“Selalulah berdoa kepada-Nya supaya Dia pinjamkan kesayangan kita yang satu ini hingga akhir hayat.”Berdoalah semoga kesayangan kita ini sentiasa cinta dan kasih pada kita,” kongsinya dalam foto bersama suami tercinta, Aeril Zafrel.
Wawa turut mengutuskan doa serta sokongan buat teman baiknya, Puteri Sarah Liyana yang kini sedang bergelut dengan kemelut rumah tangga bersama suami, pelakon dan pengarah sensasi Syamsul Yusof.
“Buat Puteri Sarah Liyana, kami selaku isteri-isteri seMalaya, we stand with you,” teg4s Wawa.
Terdahulu, Syamsul pada Junnaat mengejutkan ramai pihak apabila mended4hkan telah selamat bernikah dengan wanita yang did4kwa menjadi individu ketiga dalam rumah tangganya bersama Puteri Sarah iaitu Ira Kazar.
Turut tular gambar pernikahan Syamsul dan Ira termasuk Kazar yang menjadi wall kepada pasangan terbabit.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Sumber : koci tv