“Jgn Pakai Di Dagu”- Bercuti Ke Langkawi, Aliff Syukri Dikcam Tk Pakai Mask Dengan Betul

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dikcam ramai selepas dilihat tdak memakai t0peng muka atau mask dengan betul ketika berkunjung ke Langkawi semalam.

Perjalanan mereka ke Langkawi itu dirakamkan dalam satu vlog dari mula mereka menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur hingga ke pusat percutian tersebut dan dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya.

Rata-rata menegur tindakan mereka yang dilihat hanya memakai mask dibahagian dagu dan mendedahkan hidung serta mulut.

“Aliff Syukri ni suka sangat turunkan mask tu…setiap kali ditempat orang ramai mesti buka,” perasan salah seorang netizen.

“Mask pakai la betul-betul nak bercuti pun,” tegur salah seorang warga maya. “Mask bukan untuk dipakai di dagu,” kcam salah seorang warga net.

Menerusi video tersebut kelihatan kebanyakan masa Aliff membuka sedikit mask yang dipakai sehingga menampakkan hampir seluruh wajahnya.

Pun begitu, Aliff tidak berdiam diri dan di dalam kapsyennya dia cuba menjelaskan dia sengaja membuka mask hanya ketika hendak bercakap supaya suaranya lebih jelas di dalam video yang dirakamkan.

“Mask saya pakai betul cuma ketika saya buat buat vlog kurang dengar suara jadi saya buka sekejap dan saya tutup batik,” jelasnya.

Difahamkan Aliff dan isteri serta kru ke sana atas urusan kerja dan mempr0mosi salah satu tempat penginapan.

Sumber : Gempak

“Teruja dah lama tak menaiki kapal terbang, kami ke Langkawi atas urusan kerja” – Nur Shahida

Isteri kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa teruja apabila berpeluang ke Langkawi menaiki pengangkutan udara.

Bagaimanapun, Shahida memaklumkan dia dan suami ke pulau legenda itu atas urusan kerja.

Menerusi entri Instagram, Shahida memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan dia bersama suami tercintanya di dalam sebuah pesawat.

“Masing-masing teruja sudah lama tdak menaiki kapal terbang. Kami hari ini (semalam) ke Langkawi atas urusan kerja.

“Anak-anak tinggal di rumah. Semoga kami selamat sampai ke Langkawi,” tulisnya ringkas di Instagram.

Menerusi ruangan komen perkongsian yang sama, dia menjelaskan mereka berada di sana kerana mempromosi salah sebuah hotel di sana.

Sebagai informasi, pulau pelancongan terkenal itu kembali menerima kedatangan pelancong pada hari pertama gelembung pelancongan, bermula semalam.

Sumber : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment