Janna pvnca Madu datang jumpa fyna? Tk sangka ramai perasan ada trlepas cakap, Skali janna nick masuk k0men

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik satu hantaran di laman Inst4gram menitipkan pesanan kepada pihak produksi TV3 berhubung program realiti nyanyian Famili Duo.

Menurut laporan Cari Forum, pelakon berusia 51 tahun itu meminta agar perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan tidak diulas atau dijadikan sebagai bahan jenaka.

Ini kerana bagi menjaga hati isteri pertama jurulatih bola sepak tersebut, Datin Zalina Zaini yang juga anak saudaranya.

Walaupun hantaran tersebut sudah dipadam, rakan artis Datuk Fizz Fairuz berkongsi semula perkara itu di Instagram miliknya. Berikutan itu, selebriti popular Janna Nick ada muncul di ruangan komen meminta gambar tangkap layar memaparkannya sebagai pengacara program berkenaan dipadam.

Malah, dia juga memohon maaf kerana tidak sensitif berhubung hal yang tidak diketahui atau dimaklumkan kepadanya lebih awal. “Salam, tolong padam gambar saya sebab saya takde kena mengena dengan masalah keluarga ni. Maaf kerana tidak sensitif tentang perkara saya tidak tahu atau diberitahu lebih awal,” tulisnya.

Namun begitu, rata-rata netizen atau penonton sendiri membidas kenyataan Janna mendakwa dia yang memulakan isu tersebut dengan melontar soalan provokasi terhadap Fyna. ‘Puncanya awak la? Jadi pengacara jangan cakap main lepas je’

Bagaimanapun, segelintir individu menganggap soalan diajukan Janna tidak perlu diperbesarkan memandangkan perkahwinan Fyna dengan Zainal sudah diketahui umum. Tak perlu salahkan pengacara.

Terdahulu, Fyna yang juga adik kepada penyanyi Ayda Jebat didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya di sebuah restoran mamak di Shah Alam, Selangor.

Leave a Comment