“Hai Kekasih Hati…I Rindu You Bi” – Penyanyi Bad Indigo akhirnya tayang wajah kekasih?

LIHAT VIDEO DIBAWAH SEKALI…

Penyanyi Bad Indigo sekali lagi mahu membuktikan kewujudan kekasihnya kepada semua terutama netizen menerusi satu kemas kininya di Inst4gram (IG).

Menerusi hantaran berkenaan, Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, mended4hkan satu video berserta rakaman suara yang disunting did4kwa teman wanitanya.

“Hai…Assalammualaikum bi, Badrul Izhan kekasih hatiku. I dekat Popular (kedai buku) ni nak cari buku. I rindu you bi,” kata wanita dari rakaman suara terbabit.

Bagaimanapun, wajah yang dipercayai kekasihnya itu telah ditutup dengan emoji smiley love difahamkan Bad masih tidak mahu mendedahkan identiti wanita berkenaan.

Dalam perkongsian yang sama di dalam kapsyen, Bad membalas perkongsian video dari wanita terbabit dengan memberitahu dia juga merindui kekasihnya itu.

“Miss you too (Saya juga rindu awak) #RDM dengan emoji love.

“Semoga Allah pelihara hubungan kita ini dan lindungi dari fitn4h dan hasvtan.

“You are very special and rare for accepting me as i am. (Awak juga sangat istimewa dan sukar ditemui kerana menerima diri ini seadanya). Tq so much. (Terima kasih banyak) Love you (saya cinta awak),”tulisnya.

Terdahulu perkongsian bad mengenai wanita yang didakwa kekasihnya itu dengan hanya menayangkan sipi-sipi wajahnya dianggap sekadar berilusi oleh netizen.

Bagaimanapun, Bad menafikan d4kwaan netizen itu dengan memberitahu dia ada alasan tersendiri untuk tidak mendedahkan wajah wanita yang dipercayai kekasihnya itu.

Untuk rekod, Bad dan penyanyi Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021 bagaimanapun mereka bercer4i pada Jun tahun lalu.

VIDEO PENUH…

Terdahulu “Saya akui terkejvt dia dah ada lain” – Bad Indigo

Umum dah tahu bahawa pasangan penyanyi yang bertemu di pentas Geg4r Vaganza iaitu Badrul Indigo dan Ashira telah pun berpis4h.

Ashira dilihat bagaikan sudah ada penganti dan sedang rapat dengan seseorang.

Melalui laporan dari portal Mstar, Badrul dilihat ada meluahkan rasa hatinya, setelah pengetahui bekas isteri sudah move on.

Ahli kumpulan Indigo berumur 47 tahun ini berkata, masih ada perasaan sayang terhadap Ashira walaupun sudah tidak bergelar pasangan suami isteri dan terkejut Ashira sudah bertemu cinta yang baru.

“Semasa kami melakukan video mengumumkan penceraian kami, saya pernah cakap yang masih sayangkan dia. Saya memang mahu melihat dia gembira dan dalam hati ini ada perasaan sayang dan harap boleh buat Ashira kembali jadi bahagia.”

“Namun begitu, Tuhan dah tentukan jodoh kami tidak berpanjangan. Memang terkejvt apabila dapat tahu dia sudah membawa hatinya pada orang lain.”

“Saya tidak mahu cakap banyak tentang hal itulah sebab takut mengganggu kebahagian orang lain. Kita ni kan hanya boleh merancang, Dia di atas yang tentukan semuanya.”

Dirinya kini sedang cuba move on, namun secara jujur Badrul Indigo akui hatinya masih belum pulih.

Dia tetap reda dengan ketentuan dan tetap mendoakan kebahagiaan Ashira.

“Hati ini masih belum pulih sepenuhnya. Saya selalu doa kepada Illahi agar diri ini kuat.”

“Apa yang saya tulis di s0sial media merupakan luahan hati apa yang dirasai.”

“Khuatir juga jika ada yang silap anggapan. Apapun ketika ini saya berusaha teruskan kehidupan dan doakan Ashira bahagia.”

Bercakap tentang mencari pengganti dan pasangan hidup yang baru, Bad Indigo memberitahu dia sedar dirinya dan tak mahu susahkan orang lain.

“Terus terang saya cakap, saya tak nak menyusahkan orang lain dengan keadaan diri saya ini. Oleh itu memang tiada terfikir nak cari jodoh.”

“Saya rasanya wanita pun akan fikir dua tiga kali bila tengok keadaan saya. Semuanya dah terbatas.”

Tentang kerjayanya, Bad Indigo kini bekerja di bengkel sejak awal tahun ini sebab dah tiada undangan menyanyi lagi.

Sumber  : Gempak, news-tel

Leave a Comment