Biarpun kereta biasa2, cara amyra dan amar bersyukur buat ramai tersentuh

Baru-baru ini, pelakon Jelita Amyra Rosli memuat naik sebuah perkongsian di laman Inst4gramnya sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Amyra menunjukkan kereta yang dibeli olehnya dan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Amar Baharin.

“Dengan izin Allah… for Him and for Her… Alhamdulillah,” tulisnya di ruangan kapsyen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan juga rakan artis mengucapkan tahniah kepada Amyra dan Amar yang berjaya membeli kereta hasil kerja ker4s mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

“Alhamdulillah.. congrats guys. “MashaAllah Tabarakallah Congratulations Myra!

“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till Jannah InshaAllah.

“Suka tengok pasangan ni. Kereta biasa-biasa pun dah bersyukur. Tak payah Bmw ke Merc ke sederhana je Alhamdulillah,” tulis salah seorang netizen.

Bukan itu sahaja, menerusi Instagram Story, Amyra ada mengungkapkan sedikit kata-kata buat suaminya.

“Sayang @amarbaharin thank you sangat sangat sangat tau.

“Mungkin orang nampak kita senang untuk dapat itu ini, tapi hakikatnya kita sahaja tahu macam mana usaha ker4s kita untuk miliki semua pinjaman Allah ini.

“Mommy sentiasa doakan sayang murah rezeki dan sentiasa dalam jagaan Allah. Malah, Amyra turut memberi kata-kata semangat kepada pengikutnya yang membaca Inst4gram storynya.

“Kepada anda yang baca caption ini, jangan berhenti usaha, berbakti kepada ibu bapa, jangan s0mbong, jangan tinggal sedekah dan sentiasa taat perintahNya.

“InshaAllah dia permudahkan hidup kita dan lapangkan rezeki kita.

“Miskin, kaya, bahagia, s4kit, berjaya itu semua ujian. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah diatur oleh yang maha Esa okay.

Sumber : xtra

Leave a Comment