Baru kena dengan orang, Ini ayat padu DlvaAA Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang

Nama pengacara sensasi, Azwan Ali bukanlah asing dalam industri hiburan kerana sering melontarkan kata-kata dengan lantangnya terutama di media s0sial.

Terbaharu, Azwan atau lebih dikenali Diva AA meluahkan pandangan mengenai tindakan juri yang sering memberikan komen secara berlebih-lebihan tanpa menjaga perasaan peserta yang bertanding dalam program realiti.

Azwan berkata, dia akui setiap juri berhak mengeluarkan pandangan, tetapi perlulah berlandaskan cara penyampaian yang betul supaya tidak dipandang hina terutama ditayangkan secara langsung di kaca televisyen.

“Perlu ada batas apabila nak mengamvk atau menghent4m peserta.

“Mas Idayu berhak menegvr tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta.

“Trend Mas Idayu ‘sembur’ orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023,”ujarnya kepada Utusan Malaysia. Azwan Ali tegur Mas Idayu sebba sayang…
Kata Azwan, dia menegvr Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan yang pernah bekerjasama sewaktu menjayakan program Lagu Cinta Kita 2 pada tiga tahun lalu.

Tambahnya lagi, sekiranya dia berada di tempat Sissy Imann pada ketika itu, berkemungkinan juga sudah meninggalkan terus set semasa siaran langsung.

“Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.

“Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit sumbang dan seperti merosakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” jelasnya.

Dalam masa sama, pemilik nama Mohamed Azwan Haji Ali meminta Mas Idayu supaya menjaga m4ruah seseorang tanpa memberikan sebarang alasan dengan mengatakan ia dilakukan kerana sayang kepada peserta.

“Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi ‘laser’ dari Mas Idayu.

“Bagi saya menjatuhkan m4ruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.

Terdahulu, Mas Idayu mengkritik nyanyian pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann sewaktu membawa lagu Jampi versi keroncong sehingga membuatkan penyanyi wanita itu mengalir air mata di atas pentas.

Susulan itu, tindakan Mas Idayu mengundang kecaman ramai sehingga netizen menyuruh penyanyi dangdut berkenaan memberanikan diri menyertai pertandingan nyanyian, Geg4r Vaganza pada masa akan datang.

Terdahulu, Mas Idayu mengkritik nyanyian pasangan sepupu, Naim Daniel dan Sissy Imann sewaktu membawa lagu Jampi versi keroncong sehingga membuatkan penyanyi wanita itu mengalir air mata di atas pentas.

Susulan itu, tindakan Mas Idayu mengundang kec4man ramai sehingga netizen menyuruh penyanyi dangdut berkenaan memberanikan diri menyertai pertandingan nyanyian, Geg4r Vaganza pada masa akan datang.

Sumber : oh my media

Leave a Comment