“Balik Umrah macam2 Berlaku….Halang Pun Tak Guna….” – Puteri Sarah Redha.

Berkenaan pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, terdahulu Datuk Yusof Haslam sendiri pernah menyuarakan kesedlhan selain berharap agar pasangan itu menemui jalan damai.

Baru pulang sekitar Mei lalu selepas mengerjakan umrah, akhirnya ibu 2 anak tersebut tampil berkongsikan suara hatinya secara umum.

Lepas balik umrah, sebenarnya Sarah nak tenang-tenang je…Sarah malas nak bising-bising.

Dalam perbualan dengan portal mStar sebentar tadi, Puteri Sarah menjelaskan dia sebenarnya mahu lebih tenang selepas berpeluang mengerjakan ibadat tersebut.

Namun tanpa diduga, Allah sekali lagi mengujinya dengan penularan khabar angin berkaitan suaminya sudah bertunang dengan pihak ketiga terbabit.

Apa yang jadi lepas ini, itulah takdir…Sarah dah bersedlh 4 tahun lepas, takkan nak berlarutan?

Selepas 4 tahun bertahan dengan kemelut itu, dia seakan-akan memberikan gambaran enggan lagi berterusan duduk dalam situasi sebegitu.

Ditanya mengapa dirinya nampak ‘ikhlas’ selepas menerima DM pemberitahuan kononnya Ira Kazar sudah berkahwin dengan suaminya, Puteri Sarah cuma berkata dia telah pun berlapang dada dengan apa juga takdir ditetapkan oleh Allah di masa depan.

Ke mana hala tuju, Sarah ikut saja…Yang penting sekarang adalah anak-anak.

Apa jua yang berlaku nanti, dia cuma berharap agar pengarah terkenal itu tidak mengabaikan tanggungjawab terutamanya buat 2 orang anak mereka.

Menyebut tentang tindakan sivil yang akan dikenakan terhadap wanita itu atas pertuduhan gangguan privasi selama 4 tahun, Sarah mengesahkan ia tetap akan diteruskan.

Lihat video dibawah :

Ira Kazar masih single

Sebut sahaja nama Ira Kazar, pasti ramai ‘pan4s hati’ apabila anak kepada pelakon veteran, Kaizar Saisi dikatakan menjadi orang ketiga mer0sakkan rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Terbaru, pemilik nama Faghira Fatini Kazaruddin memaklumkan dirinya masih ‘single’ menerusi InstaStory miliknya malam tadi.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, Ira sebelum itu memberikan ulasan mengenai filem berjudul Black Phone yang ditontonnya baru-baru di Golden Screen Cinemas (GSC) The Starling Mall, Petaling Jaya semalam sebelum secara tiba-tiba memberi ‘hint’ tentang status dirinya kini.

“By the way, saya masih single, okey!” katanya secara ringkas.

Pendedahan wanita berusia 27 tahun itu seakan-akan tahu namanya kini sedang hangat diperkatakan orang ramai gara-gara timbulnya spekulasi menjadi tunangan kepada Syamsul Yusof.

Semalam, isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana memuat naik satu tangkap layar InstaStory daripada seorang individu yang mendakwa Syamsul sudah bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang, Syamsul!!!!!!!!!”d4kwa individu berkenaan.

Berikutan itu, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana memaklumkan perkara tersebut selain mengucapkan syukur sekiranya dakwaan itu benar.

“Terima kasih DM (mesej langsung) saya. Kalau betul, alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,”tulis Puteri Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Bukan itu sahaja, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof turut tampil membuat kenyataan mengenai isu tersebut dan menafikan dakwaan tersebut.

“Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.

“Tanyalah fasal filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, asyik cerita hal dalam kain saya sahaja,”kata Syamsul apabila ditanya mengenai desas-desus berkenaan.

Lihat video pengakuan Ira Kazar dibawah ini :

Kredit : Facebook mStar, pnews.space

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Leave a Comment