Syamsul Yusof kini amat gembira setelah filem Mat Kilau disahkan sebagai filem tempatan paling cemerlang dalam sejarah penfileman tanah air. Mat Kilau telah berjaya menjadi filem nombor satu sepanjang zaman setelah mengutip lebih 50juta dalam masa dua minggu.
Kejayaan ini bertambah manis apabila Syamsul berkata, ianya turut diterima oleh ayahnya iaitu producer Datuk Yusof Haslam.
Kata Syamsul, sejak masuk ke dunia seni pada umur 18 tahun, memang ayahnya merupakan orang paling banyak memberi komen kepadanya.
“Ayah saya biasalah, dia memang pengkr1tik saya yang pertama, nombor satu. Sebelum ini, filem saya yang paling dia suka tapi dia tak beritahu saya pun ialah Mun4fik sekuel, yang nombor dua. Tetapi, saya tahu juga.”
“Kini selepas dia dah tonton filem Mat Kilau, saya tahu filem Mat Kilau ini yang paling dia sukai. Ianya dihasilkan oleh saya. Kata staff saya, ayah tengok dan lepas itu dia hanya diam saja.”
“Selalunya, masa ayah preview filem saya, memang saya akan cabut l4ri dulu sebelum dia komen apa-apa. Tapi, saya akan beritahu staff saya untuk tolong tengokkan ayah.”
“Kata staff, ayah saya cakap dia tak pernah tengok filem epik yang bagus selain filem Bukit Kepong lakonannya. Oleh it saya amat hargainya.”
“Memang semasa saya buat filem Mat Kilau ini, saya nak tunjuk kat ayah saya, ayah tengok ini.”
“Saya tahu, ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau ni. Namun saya hanya akan tahu hal itu dari rakan. Ada jugalah dia cakap sikit kat saya, dia cakap okey bagus-bagus, itu sajalah.”
Syamsul akui bahawa ayahnya memang agak keras dengannya, apatah lagi sebagai anak sulung.
“Ayah saya sifatnya memang keras. Dan dia pun agak keras dengan saya. Mungkin, sebab saya ni anak pertama dia. Tetapi dengan adik saya, dia ada berlembut sikit.”
“Apapun ketegasan dia yang buat saya disiplin buat filem seperti ini. Memang benar, ayah merupakan influence saya.”
Selain Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof juga menyukai cara pengarahan director seperti Shuhaimi Baba, Bade Azmi, Rashid Sibir, Aziz M Osman, dan juga Erma Fatima.
SHAH ALAM – Filem biografi epik, ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ terus mencetuskan fenomena luar biasa apabila meraih kutipan tiket berjumlah RM53 juta dalam tempoh 13 hari tayangan di pawagam.
Pengarahnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof menerusi hantaran video di Instagram berkata, jumlah kutipan tersebut sangat luar biasa, malah terbukti filem Malaysia boleh pergi jauh.
Syamsul Yusof bagaimanapun turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penonton kerana terus menyokong filem arahan beliau itu.
“Saya nak ucap terima kasih banyak kepada mereka yang menghantar pesanan secara terus (DM) menerusi Instagram. Beribu-ribu DM, tetapi saya hargai anda semua. Filem Mat Kilau hari ke-13 masih ditayangkan dan mendapat sambutan menggalakkan.
“Setakat ini RM53 juta. Luar biasa. Ini semua kuasa ALLAH. Walaupun hari bekerja, masih penuh. Terima kasih banyak semua. Filem Malaysia boleh pergi jauh. ALLAH Maha Besar,” katanya.
Sebelum ini, Syamsul Yusof turut menjangkakan filemnya itu bakal mengutip RM60 juta biarpun ada yang menjangkakan hasil kutipan boleh ditambah sehingga mencecah RM80 juta hingga RM100 juta.
Sejak ia mula ditayangkan pada 23 Jun lepas, filem yang diinspirasikan daripada sejarah tanah air itu telah berjaya menjadi antara perbualan utama di media sosial selain membangkitkan semangat kepahl4wanan apabila ramai yang berbusana Melayu dan bersilat ketika hadir ke pawagam.
Filem yang menelan kos RM8 juta itu dibintangi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.
Sumber : kejutambah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: