“Arwh Ni Nampak Macam Diva, Tetapi Dia Sangat Baik” Kru ded4h sikap arwh pada drama terakhirnya

Mengimbau kembali pengalaman bekerja dengan
arw4h Adibah Noor menerusi siri Hantu Raya Pergi
Perang (HRPP), banyak memori indah yang masih
tersemat di kotak memori sutradaranya, Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Menurut Hasliza, Adibah yang membawakan watak Datuk Null dalam HRPP merupakan seorang yang komited dan sangat ‘setia’ pada watak yang diberikan kepadanya.

“Arwah merupakan seorang anak seni yang bersungguh-sungguh ketika bekerja. Bukan hanya dalam HRPP, dalam drama-drama kami sebelum ini juga dia menunjukkan attitude yang bagus sepanjang penggambaran.

“Sebagai contoh, arw4h sentiasa akan ingat skip yang bakal dilontarkannya, tidak kira watak yang diberikan.

Jika pelakon lain membawa skip ke set penggambaran, arwah tidak. Segala dialog sudah ada dalam kepalanya. Tinggal ingin dikeluarkan sahaja,” katanya kepada Gempak.

Pengarah bersama, Wan Alauddin Wan Zainuddin pula
berkata, arwah Adibah Noor pandai membawa diri di set penggambaran.

“Katakanlah dia nak naik tangga, dia tidak akan minta bantuan orang lain, sungguhpun dia tahu dia susah nak bergerak.

Dia cakap tidak mengapa, biar dia naik sendiri.
Dan kalau nak tahu, arwah suka bawa makanan ke set untuk dijamu kepada kami semua.

“Hal-hal sebegini yang membuatkan kami berasa selesa untuk bekerja dengannya. Apabila melalui proses suntingan, pasti kami akan teringat kepada arw4h,” katanya lagi.

Sebelum menutup perbualan, Hasliza sempat berkongsi tentang pembawakan diri Adibah yang dianggap sebagai seorang yang selalu merendahkan diri dan baik dengan semua orang.

“Arwah ni nampak macam diva, tetapi dia sangat baik dan mudah untuk bergaul dengan orang. Dia pandai cakap orang putih tapi hakikatnya Melayu dalam dirinya masih ada.

Hal-hal sebegini yang menyebabkan kita akan kenang arw4h sampai bila-bila,” tutup Hasliza.

Selain Adibah Noor, HRPP turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Hun Hageem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak dan Azhar Sulaiman.

Episod baharu Hantu Raya Pergi Perang pula disiarkan pada setiap Jumaat. Episod pertama PERCUMA, dan langgan serendah rm15.90 sebulan untuk episod seterusnya.

Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan
kegemaran and secara langsung dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih anda dan laman web www.sooka.my.

Muat turn aplikasi sooka di Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih). Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan
kontrak dan tapa komitmen. Klik disini untuk terus menonton Hantu Raya Pergi Peranq

Disebalik wajah dan aksi yang ceria, permata Allahyarham Adibah Noor menyimpan seribu satu cerita mengenai dirinya yang sebenar.

Begitulah yang dapat dirasai oleh pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin, apabila melihat sendiri bagaimana keadaan Adibah Noor yang mula jatvh saklt dan melalui pemb3dahan kali pertama ketika menjalani penggambaran.

“Sebenarnya penglibatan Adibah dalam siri in agak besar dia memainkan karakter villain. Cuma bila kita dapat tahu dia sakit itu kami terpaksa tulis balik skrip dan menghentikan penggambaran untuk wataknya di hari kedua.

“Ceritanya begini, masa hari kedua penggambaran itu dia ada mengadu saklt di bahagian dalam perutnya. Hari itu adalah hari terp4nas di Malaysia ditambah pula kami menjalani di padang kampung orang Asli, saya bimbang jika ia menjadi s4lah satu sebabnya.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Comment