“Anak Perlu Sentuhan Seorang Ibu’ Shuib mohon restu

Tidak mengiyakan atau menidakkan mengenai hubungan cinta, namun Shuib cuma akui kini dalam fasa mengenali hati budi wanita bernama Watie. Siapa sangka pended4han itu malah mendapat tentangan segelintir peminat yang menyifatkan wanita berkenaan tidak sesuai berjodoh dengan pelawak terkenal tersebut.

Anak-anak juga perlu sentuhan seorang ibu
Tahu balk atau bvruk sesuatu keputusan yang dibuat, Shuib melalui temubual Berita Harlan berharap agar perkenalannya dengan Watie tidak dipertikaikan pihak luar. Bukan sahaja soal diri sendiri, pastinya sebarang perancangan berkaitan mencari pengganti baru telah mengutamakan aspek penerimaan anak-anak.

“Saya fikirkan anak-anak dahulu. Saya mementingkan kesihatan mental mereka. “Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu.
“Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja. Ini kerana saya hanya memikirkan mereka,”

Sudah tentu saya akan jaga kehidupan saya & anak-anak sama macam dengan Siti Sarah. Menyifatkan masih jauh lagi proses untuk mereka melangkah ke fasa seterusnya, namun Shuib akui pihak keluarga mampu menerima baik kehadiran Watie buat masa sekarang.

Tegasnya semula, adalah tidak adil sekiranya net1zen membuat andaian bukan-bukan walhal mereka sendiri tidak kenal wanita ini.

“Insya-Allah, saya tahu mana balk dan bvruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya. “Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie.

“Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya. Jadi, takkan saya mahu mer0sakkan kehidupan.

“Sudah tentu saya akan menjaga kehidupan saya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin,”

“Belum ada perancangan dan rasanya macam jauh lagi perjalanan ke arah itu. In’ kerana saya mahu pastikan anak-anak terima kehadiran Watie dahulu.
“Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya,”

Pernah pakai baju sedondon & pergi dinner sama-sama di restoran mewah. Selain pernah dilihat memakai baju sedondon di 2 buah konsert, sebelum ini ramai syak mereka berdua ada hubungan serius selepas Shuib memuat naik gambar dinner bersama anak-anak dengan pantulan imej Watie di cermin restoran.

Sumber : Kisahdunia.

Leave a Comment