Penghijaran selebriti sejak akhir-akhir ini telah mencuri tumpuan warga netizen, selain bersyukur dengan perubahan tersebut rata-ratanya turut berharap agar niat mereka dipermudahkan selain istiqamah.
Bercerita lebih lanjut tentang penghijrahan, umum sedia maklum bahawa pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad dan isterinya Zira Ayub juga merupakan antara yang sudah berhijrah.
Padam foto lama
Terbaharu, Nabil memaklumkan bahawa banyak melihat perubahan isterinya ke arah yang lebih balk selepas Allahyarham Siti Sarah pergi pada 9 Ogos lalu sehingga dia mengambil keputusan untuk memadam foto-foto lamanya yang tidak bertudung di media sosial.
“Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur… saya tengok perubahan isteri pun saya rasa syukur sangat.”
“Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita, Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah pad4m gambar dia tdak bertudung sebelum ini.” Nabil Ahmad
Akui berdepan ujian besar lepas berhijrah
Seam itu, pengacara Meletop itu juga sendiri akui bahawa berdepan dengan ujian besar untuk kekal isticiannah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih balk.
“Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah…nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dahulu rajin nak bangun. Selepas itu jadi slow.”
“Kadang-kadang dapat solat Subuh saja. Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda balk ini bagi sayfa ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalannya hidup saya.”
“Walaupun dah hujung-hujung tapi Allah bawa juga kita dekat denganNya. Kalau dulu, saya suka pakai topi, tapi sekarang lebih selesa pakai kopiah.” Nabil Ahmad
Tambah Nabil lagi, dia juga lihat ramai rakan selebriti yang kini sudah mulai perlahan-lahan berhijrah dan mendoakan agar mereka terus istiqannah.
Sumber : redaksi