Abang Viva dah terima hadiah kereta, Buat kejutan untuk mak ayah

Sejak bncana banjlr berlaku, salah satu nama yang sering mendapat perhatian adalah Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar apabila sanggup datang dari Melaka seorang diri membawa Perodua Viva serta bot penyelamat untuk membantu para mangsa banjir yang terkandas di kawasan-kawasan ditimpa bah.

Kereta dah sampai
Berkat kebaikkan dan jasa yang ditabur, ada sesetengah pihak sudi memberikannya ganjaran kerana berterima kasih dengan bakti yang telah dicurah ketika itu.

Selepas menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi, akhirnya kereta 4×4 yang dijanjikan oleh seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Sha Hasan telah sampai kepadanya.

Buat kejutan untuk mak ayah
Menurut usahawan itu, dia sangat bersyukur kerana proses mendapatkan kereta berkenaan berjalan dengan lancar dan kereta tersebut yang sepatutnya harus menanti dua hingga tiga bulan berjaya diperoleh dalam beberapa minggu sahaja.

Susulan daripada itu, Sha dan suaminya telah datang ke Melaka dan memberi kejutan dengan menghantar sendiri kereta tersebut di rumah Abang Viva.

Hal tersebut dikongsikan menerusi satu muat naik semula rakaman live FB abang Viva petang semalam.

Nampak sangat terharu
Paling mencvri tumpuan sudah tentu kejutan yang diberika itu khusus buat ibu dan bapa Azwan yang dilihat begitu terharu sehingga menadah tangan mengucapkan syukur diatas pemberian tersebut.

Video berkenaan juga telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TlkTok dikenali sebagai @iman91094 dan mendapat perhatian ramai.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa gembira diatas hadiah yang diterima Abang Viva.

Mereka juga meluahkan rasa syukur kerana sebagai rakyat Malaysia masih ramai lagi insan-insan berhati mulia dan saling menyokong seperti yang dilakukan oleh Azwan serta usahawan kosmetik tersebut.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

1 thought on “Abang Viva dah terima hadiah kereta, Buat kejutan untuk mak ayah”

  1. Bertuahnya abg viva diatas semangat utk membantu org dpt penghargaan dari org lain. Aku membantu memberikan rawatan asma kpd lebih 200 org dan 98% sembuh dari asma, tak dpt apa2 pun. Ucapan terima kasih pun payah nak dpt padahal satu sen pun aku tak mintak bayaran.

    Reply

Leave a Comment